Jom makan Jom kongsi Resepi

Tuesday, December 20, 2011

santai Dec

tiada apa yg menarik utk di kongsi.. Cik suami ada perlawanan bowling di melaka. maka cik isteri punnn mengikut la... sambil menyelam minum air teh..

Di melaka Bowling centre, MITC

Sempat la juga ke Pavillion.. santai

Posing dulu

Di akhir perlawanan .. yg menang terima hadiah. yg kalah tgk aja la.

Yg letih menunggu selalunya cik isteri leee

Sebelum tu sempat lagi ke JPO.. jgn marah ya




JPO...

depan Pavillion


Posing dulu




pemandangan menarik berlatar belakang kan KLCC dan KL tower

Ada pulak keta from Mutiara motor melintas dpan kita.. soooo snap snap le


cik suami tgh termenung sambil bergaya sehh

Monday, November 21, 2011

HARIMAU MALAYA.. baham garuda....

aduhhh smlm 21.11.2011... perlawanan akhir Malaysia lwn Indonesia.. gamat2.. semua perasaan terkeluar.. sedih, takut, gembira, happy happy.. yg penting Malaysia dah pun menang ... tahniah kepada pemain2.. bagi penyokong2 di Malaysia.. kat umah kat kedai mamak, riuhhhh..

Malaysia BOLEH... MALAYSIA BOLEH...


Nie la dia.. Pak dukun yg menjampi stadium tanpa henti.. tapi sia2 aja kerja dia org nie.. yg penting niat tdk baik mereka.. ha ha .

Santai santai makan





Hari gembira kami... mmmm BAJU TU yg tdk tahan nie...

Senyum masih maintain mcm dlu dulu


tgk sapa tu?


My youngest and my niece... memang suka melaram.

gelagat bujang sulong ku... take good care of yourself k...

Friday, November 11, 2011

Selamat Ulangtahun perkahwinan sayanggg

Hari ini hari Jumaat, hari segala penghulu..
Hari ini tanggal 11.11.11.... tarikh yg cukup unik.
Hari ini hari ulangtahun perkahwinan kami..Alhamdulilah .. sehingga ke saat ini kami sentiasa di hamparkan kesulitan dan kesenangan bersama .. Walau ujian sentiasa menanti, namun demi kesabaran dan ketenangan dalam menghadapi dugaan Mu.. kami masih lagi berdiri teguh bersama..

Hakikatnya kasih dan sayang kita sentiasa utuh.
Cinta kita di semai dengan ketaqwaan dan keimanan.

Syukur ke hadrat ilahi.. kita masih lagi di pinjam kan untuk bersama.. semuga kita kekal hingga ke akhir hayat dan kita bersama2 seiring ke pintu syurga.. Amin



Friday, November 4, 2011

NAK GELAK KE NAK SENGEHHH

BACA BACA.. BEST NIEEEE...

Hanphone siapa ni???
"Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut .

"Hello?""Abang, nie sayang nie,""Emmm... ""Abang masih ada di kelab lagi ke?""Iya.""Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?""Berapa harganya?""Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat". "Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?""Cuma $280,000 ...""O.K tapi pastikan harga tu dah on the road.""Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?""Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan....pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu. . .""Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!!I Love You !!!""Bye... I Love you too..."Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . ..sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang adadalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

Saturday, October 15, 2011

Ketenangan yang ku CARI.



Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititian-Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harugi segala dugaan-Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia-Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat-Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmat-Mu

Ya Allah
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu
Aku buta tanpa bimbingan-Mu
Aku cacat tanpa hidayah-Mu
Aku hina tanpa Rahmat-Mu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada-Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..

Monday, September 26, 2011

Lengang kangkung di Melaka

Hujung minggu lepas.. bersantai di Melaka yg dah lama tdk ziarah...Jom layan




selalu aja tgk org naik nite Cruzz nie..tiket RM 10...mmmm boleh la murah

Deretan kedai di sepanjang terusan.. REstoran Cheng HO

Boleh jalan kaki lagi..

REstoran yg penuh dgn pelancung asing.

Jembatan yg menuju ke kg Morten

TErpegun tgk kemajuan Melaka bandar bersejarah

Feri2 yg beroperasi dari pagi hingga ke malam..

Bila perjalanan sebelah mlm lagi meriah dgn lampu2 yg berwarna warni


bersama penumpang2 lain.. dah habisss... 45 min perjalanan kami.

sempat lagi cari beca sebab dh penat nk jalan. rm 20 pusing satu bandar.

posing dulu.

atas beca posing duluuu

di keesokan hari baru pergi naik Menara Taming Sari..tiket RM 10.00 aja




kita lebih tinggi dpd bangunan itu.. ha ha ha




Posing  cik abang..
berlatarkan dataran Pahlawan.

Kami di bawah .. mereka baru nak naik...

di depan Menara taming sari
Nak pergi mana tuuu.

kenapa saya sorang aja yg ada kat railway nie.????

abang beca glammm...


di atas Bukit St Paul


penat.. rehat jap


terowong yg penuh dengan duit2

penat leee...

Otai portugis menyanyikan lagu TIADA LAGI... clazzz gitu






dah penat berjalan pekena cendol...murah rm 1.80...kosonggg

singgah di mitc
tgu cendol..