Jom makan Jom kongsi Resepi

Showing posts with label JIWA KACAU. Show all posts
Showing posts with label JIWA KACAU. Show all posts

Sunday, September 30, 2012

Bahagia mu derita ku...

Ku dengar
kau cinta sangat padanya..
Ku dengar
hati mu kini miliknya

Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
aku menjadi sahabat mu.

Siksanya mengakui kau teman biasa
terpaksa ku terima itu hakikatnya.

yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
kau percik api membakar kenangan lama

AKU TAK TAHU MENILAI CINTA MU
AKU TAK MAMPU PERTAHANKAN

tingalkan ku perlahan lahan
ku terima

semakin ku sakit
semakin kau bahagia

mengapakah aku jadi lemah
sungguh ku tak sangka

IA MEMBAWA JANTUNGKU BERSAMAMU....






Saturday, May 15, 2010

Senyuman tersirat

Kelmarin jiwa di runtuh resah
dek keputusan ujian ketentuan Allah
jiwaku merintih dalam senyuman hambar

Pedih rasa tak siapa yang tahu
kerna ia ku simpan kemas
di hati ku.

berita itu tak mampu ku ungkapkan
riak riak wajahku
terpaksa ku sembunyikan dari semua

yang pasti ingin meleraikan persoalan ini
antara keterpaksaan qada atau qadar Allah

Ku panggil2 azimat berharga
menuntut diri jgn putus asa
setiap ujian ada hikmahnya
ada tersiratnya.


.

Monday, March 8, 2010

KELAKAR DI ATAS KATIL...

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya
bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...


*** Balasan Puisi sang isteri***


Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran
mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...

MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

Oh, please lah....!!!
NAK KAWIN LAIN KONON!!!



.