Jom makan Jom kongsi Resepi

Showing posts with label anniversary. Show all posts
Showing posts with label anniversary. Show all posts

Saturday, November 16, 2013

Alhamdulilah.. 11.11.2013

Celebrating our  13th anniversary..
We've had our ups and downs,This we both know,Through it all our love.. Still managed to grow
Different thoughts we had About many things,But our love for each othe is always there.....Happy Anniversary to us.






Dengan nama Allah , ku mulakan butir bicara nie, agar ia keluar dari hatiku yang tulus ikhlas dan seterusnya akan meresap ke dalam jiwa kita dengan penuh ketenangan hendaknya. Selawat dan salam untuk baginda jujungan pembawa hidayah ketuhanan buat sekian hamba Allah.

Kesyukuran yang memenuhi bumi dan menlangkaui alam  ini ku persembahkan pada Allah di atas kurnia yang tiada niatnya buat ku.. Kurniaan nikmat teragung selepas iman dan islam yang mendiami hati kita dan denganlah kita hidup dan mati.

Inilah dinamakan Takdir ketentuan Allah.  Kasih dan Cinta yang tersemai rupanya telah tercatat akan tibanya kesuatu titik pernjanjian suci di atas nama dan kalam ilahi .. Ikatan yang menghalalkan hubungan cinta diantara kita berdua .. Ijab dan Qabul bersaksi sejak 13 tahun yang lalu dengan izin Allah , kita masih bersama berkasih sayang mencari redha ilahi.

Sayangku,
Terlalu banyak dugaan yang telah kita lalui untuk menikmati saat indah di hari nie. Bukan sedikit pengorbanan yang di lakukan dalam mengejar impian sebuah kebahagiaan yang kita idamkan.. Malah saat pertama dahiku di kucup adalah detik terindah yang tidak akan ku lupakan terakam dalam hidup kita. Tika itu terara mengalir benih-benih cinta dari dalam hati ku memasuki lubuk jiwa mu..

Sayang ku,
Terima kasih diri ni ungkapkan atas kesabaran dan keteguhan hati mu melayarai bahtera kehidupan kita bersama. Terima kasih yang mendalam dari hati ini atas ketabahan mu mendidik anak2 kita yang telah membesar dengan kasihsayang dan kecerdasan iman yang kita curahkan.

Sayangku.
Doaku .. YA ALLAH jadikan kami ini pasangan yang bahagia lagi di rahmati MU selama-lamanya .. Kurniakanlah kami keberkahan hidup , kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.

YA ALLAH,
hiasila hidup kami dengan perasaan kasih sayang cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya.. Jangan Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.

YA  ALLAH,
Izinkan la kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit di antara kami.

YA ALLAH.. berkatilah kami..
AAMIIN.






Thursday, November 15, 2012

Santai holiday


SAmbungan ANNIVERSARY... kami bercuti di Desaru with the rest of the family.
sebenarnya malas nk pergi, sebab musim hujan, tapi nak juga holiday kan...
Dah lama tdk ke Desaru, walau pun dekat tapi masa setiasa tdk mengizinkan.
So layan aja la.

 Suami yg sentiasa bersama... tq sayang.

 Bab mandi serah pada cik Abang...

 brsama anak sulong dan anak buah ku

 lepas mandi kita posing dulu.



 rehat sekajap..

 sapa punya kaki yg dah hitam???

 pantang ada kerusi, pasti TIDUR...

 MENGHIRUP udara pantai.

 berani ke nak terjun nie...

posing ramai2... ehh.. mana mak?..





Sunday, November 11, 2012

Syukur ke hadrat ilahi...


Tarikh 11.11.2012.... kami meraikan anniversary  yang ke .... jeng jeng..
Semuga kami di pjgkan jodoh hingga ke akhir hayat dan bersama ke syurga..Insyallah.
Terima kasih kepada suami ku yg sentiasa bersama ketika suka dan duka, semuga
kita sentiasa di bawah rahmat Allah dan d berkati . Amin.



 always love you dear.

 kita makannnn.

 dgn family di kenny rogers

 hadiah untuk mu sayang

Bonda n hafiz

Friday, November 11, 2011

Selamat Ulangtahun perkahwinan sayanggg

Hari ini hari Jumaat, hari segala penghulu..
Hari ini tanggal 11.11.11.... tarikh yg cukup unik.
Hari ini hari ulangtahun perkahwinan kami..Alhamdulilah .. sehingga ke saat ini kami sentiasa di hamparkan kesulitan dan kesenangan bersama .. Walau ujian sentiasa menanti, namun demi kesabaran dan ketenangan dalam menghadapi dugaan Mu.. kami masih lagi berdiri teguh bersama..

Hakikatnya kasih dan sayang kita sentiasa utuh.
Cinta kita di semai dengan ketaqwaan dan keimanan.

Syukur ke hadrat ilahi.. kita masih lagi di pinjam kan untuk bersama.. semuga kita kekal hingga ke akhir hayat dan kita bersama2 seiring ke pintu syurga.. Amin



Wednesday, November 11, 2009

ANNIVERSARY KU....

SALAM UNTUK KEKANDA KU...

Tarikh keramat kita 11.11 , bermakna tambah lagi kehidupan kita
bersama .

Syukur kehadrat ilahi kerana masih lagi memberi nafas untuk
kita bersama dalam melayari alam keluarga bersama anak-anak..

Walau dugaan demi dugaan yang datang kita masih lagi
mampu dapat melalui dengan hati yang tabah dan tenang.

Pinta ku ... gapai la apa yang selama nie belum terlaksana.. dan nikmati
la dengan kesyukuran dari Allah SWT.. Amin.









































































































Gambar2 nie saja untuk tangkap lelehhh.....
maklum la hari nie hari kami berdua.. ha ha ha



Hadiahnya...

taraaaaa...


















Tambah la koleksi kami......