Jom makan Jom kongsi Resepi

Tuesday, February 19, 2013

TAnda tanda kanser


Tanda-tanda Kanser yang perlu kita tahu


salah satu khasiat delima adalah memusnahkan sel kanser




(1) Kanser pangkal rahim
- sebarang lelehan atau pendarahan yang luar biasa.
- sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.


(2) Kanser payudara
- bengkak atau gumpalan di buah dada.
- keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar
- perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan.
- sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru
- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut 
- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa
- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari 
- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak 
- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat 
- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) 
- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak 
- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.



P/S  : Kawan2 kalau ada tanda2 diatas, jangan berlengah jumpa doktor. Tapi mencegah itu lebih baik dari mengubati. Semoga kawan2 semua d beri kesihatan yang baik...amin.


No comments:

Post a Comment