Jom makan Jom kongsi Resepi

Sunday, March 16, 2014

MH 370.. KEMBALI LA.


8.3.2014.. dunia di kejutkan dengan satu berita yang memeranjatkan kita, terutama nya rakyat Malaysia.
Kehilangan kapal terbang MH 370 yang dari KLIA menghala ke Beijing.. HILANG.. HILANG DAN TERUS HILANGGGG .
Pencarian demi pencarian yang masuk hari ke 10.. menjadi misteri dan belum terungkai lagi.. walau secanggih mana dunia teknologi kita, namun teknologi ALLAH jangan di permainkan..
DIMANA SAINS BERAKHIR, DI SITU LAH....KUASA ALLAH BERMULA....




Saya fikir, pihak DS Najib, para menteri dan pegawai tertinggi yang membuat kenyataan akhbar perlu menyatakan sokongan kepada dua orang juruterbang kita di waktu pelbagai spekulasi dibuat untuk menjatuhkan kredibiliti mereka. 

Hasil siasatan yang ada menunjukkan mereka bukan lah pengganas dan tiada rekod keganasan. 

Malahan Kapten Zahari mempunyai rekod penerbangan yang sangat baik. Ilmu dan pengalaman beliau menjadi pedoman kepada sahabat juruterbang yang lain. Secara peribadinya juga beliau diakui baik oleh rakan sekerja dan sahabat rapat.

Di kala syarikat penerbangan MAS melalui waktu waktu sukar, dan morale pekerja MAS yang menurun, Kerajaan Malaysia dan MAS perlu menyokong dan berada di belakang juruterbang kita. Jangan diikut rentak rentak mereka yang berkepentingan dan jangan menjatuhkan mereka walaupun terdapat perbezaan ideologi politik.

Keluarga mereka juga perlukan sokongan dari segenap penjuru. Mereka adalah hero yang tidak didendang.


http://infodalamtalian.blogspot.com/2014/03/kapten-zaharie-ahmad-dan-kisah.html

http://www.whatdoesitmean.com/index1753.htm


No comments:

Post a Comment