"Jgn pernah meragui setiap apa yg datang dariNya dalam kehidupan kt. Atas setiap ujian dan derita, Dia telah menyimpan sebuah hikmah dan kegembiraan yg cukup besar di hujung sana. Percayalah, redhalah dan terimalah sgl ketentuanNya dgn hati yg lapang dan bahagia. disitu letaknya ERTI BAHAGIA!"
Jom makan Jom kongsi Resepi
Sunday, April 14, 2013
Petua..buat suami benci
Perkara Yang Mudah Membuat Suami Benci
1. Memperkecil suami di hadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun ianya benar. Contoh: "Hubby I tu kan kan.. siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "
2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu di masa yang salah. Contoh: "Hello.. abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap.. malam nih kita masak sardine jer .. ok tak? " 3. Terlalu suka mengemas rumah/mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau. Contoh: "kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu.."
4. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok. Contoh: "eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu.. kita dah potong simpan "
5. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari pejabat, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. "Bang.. semalam kita lupa beli garam, gula beras dan susu budak .... boleh singgah tak mana mana .. please "
6. Tidak memberi arahan atau pesanan yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. Contoh: "Saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir ... kan lain tu?"
7. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. iContoh: ".. You tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry, bla bla bla ...."
Maka tidurlah si suami keseorangan dan mula ingatkan gadis genit di pejabatnya ......
MAKA itu ingat2 la jangan sering menyuruh suami beli beras ke, beli daging ke.. malah ada yang suruh suami belikan pad ketika datang bulan... hishhh.. sendiri boleh fikir ya...
No comments:
Post a Comment